Bonus untuk pembeli ebook, sambungan Bab 6
Prompt Power
52 prompt AI siap guna untuk bina website, tulis ayat jualan, betulkan silap dan layan pelanggan. Tekan Salin, tukar bahagian [berwarna kuning], tampal dalam AI. Siap.
Formula 5 Kotak
Setiap prompt dalam pek ni dibina dengan 5 kotak dari Bab 6. Sebab tu hasilnya jelas, bukan kabur.
- PerananAI patut jadi siapa
- KerjaApa yang anda nak dia buat
- Untuk siapaPelanggan yang akan baca
- MaklumatFakta yang anda beri
- SyaratHad dan larangan
Cara guna
Cari prompt yang anda perlukan, kemudian tekan Salin prompt.
Tampal dalam kotak chat AI (ChatGPT, Claude atau Gemini). Tukar setiap bahagian kuning dengan maklumat anda, buang kurungan sekali.
Hantar, kemudian semak hasilnya. Anda bos, AI pekerja. Bos kena semak kerja pekerja.
Ingat ni: setiap kali suruh AI betulkan sesuatu, akhiri dengan ayat ajaib: Jangan ubah benda lain.